Selasa, 20 Oktober 2009

kenangan yang amat berharga........

Assalamualaikum,

Kutitipkan tinta buat Dr,
Sesungguhnya pengalaman di semester 6 amat sarat dengan suka duka , pahit manis semuanya teradun dalam lipatan memori yang tak bisa dibeli dengan nilai wang ringgit.
Masihku kuingat,
~malam membuat tugasan 30 muka surat yang Dr mahu hantar melalui e-mail,bersama kumpulan Blue Buterfly bersemangat untuk menyiapkan walaupun terpaksa pulang kerumah jam 2 pagi disebabkan rumahku jauh nun disempadan negeri Selangor.
~Tugasan memerah minda mencipta pantun dan mencipta teka-teki yang rasa-rasanya tak terfikir boleh mencipta dengan begitu pantas mengalahkan acara berbalas pantun.
~Mengulas facebook dan komen blog yang kucuba buat walaupun aku dikategorikan murid lambat sikit untuk mengenal semua medium tersebut.
~Mereka cipta cerita kanak-kanak ku tulis dengan idea yang kuperah-perah bagai memerah santan kelapa, ku emailkan juga tepat pada 31 ogos 2009, namun tak ku ketahui samada sampai ataupun tidak.Aku hanya beserah kepada yang Maha Esa agar ianya sampai dan dapat markah ehsan daripada Dr.
~Tugasan terakhir "sembang maya dikalangan pelajar IPT" merupakan cabaran yang paling mencabar buatku, kerana aku berhempas pulas untuk menyiapkan walaupun aku tak pasti Dr. masih menerimanya.Tapi ku akan tebalkan muka untuk menghantarnya walau ribut melanda, walau gempa bumi tiba ku teruskan usaha hingga sampai kepenghujungnya.
~Namun Dr...
~Semua cabaran mampu ditempuh dengan semangat yang berkobar-kobar dan semangat serta dorongan dari Dr., orang- orang tersayang dan rakan-rakan.
~Ku akur apa yang Dr berikan sebagai tugasan bukanlah hanya untuk markah semata-mata tapi yang lebih penting ilmu yang dititipkan buat kami semua yang menjadi cenderahati yang paling berharga buat ku, buat bekalan untuk menempuh masa akan datang yang lebih mencabar.
~Untuk akhirnya buat Dr. halalkan segala ilmu yang diberi dan didoakan Dr sekeluarga sentiasa dibawah lindungan Rahmat Yang Maha Esa, Amin Ya Rabbal Alamin.