Selasa, 8 September 2009

strategi komunikasi dalam kempen sosial

Pengenalan

Komunikasi merupakan bidang baru berbanding dengan bidang-bidang ilmu yang lain . Perkataan komunikasi berasal daripada “communicare”yang bermaksud penyertaan atau pemberitahuan. Secara terperinci perkataan “communis” pula bererti milik bersama atau berlaku dimana-mana . Manakala perkataan “communis opinio” membawa pengertian pendapat umum . Disini dapatlah dirumuskan bahawa perkataan “komunikasi “ menekankan kegiatan seseorang individu atau kelompok serta sifat ingin mempengaruhi orang lain.

Selain dari itu komunikasi lebih menitikberatkan soal sosial. Justeru itu kertas kerja ini akan membentangkan bagaimana strategi komunikasi dalam kempen memerangi nyamuk AEDES . Kempen ini merupakan satu kempen sosial yang bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat betapa bahaya akibat demam denggi sehingga boleh membawa maut. Sebelum itu dijelaskan mengenai definasi komunikasi oleh beberapa orang sarjana ,menyentuh sedikit apakah fungsi komunikasi , perkembangan bidang komunikasi dan strategi komunikasi yang menjadi fokus utama.

Perkembangan bidang komunikasi diasaskan oleh pakar-pakar daripada bidang-bidang lain seperti sosiologi, antropologi, psikologi,psikologi sosial dan sains politik yang telah lama bermula.Setelah itu pakar-pakar ini memasuki bidang komunikasi bagi menjalankan penyelidikan untuk cuba menjawab persoalan-persoalan yang timbul didalam bidang masing-masing.

Sesungguhnya bidang komunikasi semakin penting kepada semua kerana manusia tidak boleh hidup tanpa komunikasi.Sebagaimana yang diketahui komunikasi merupakan keperluan asas seperti juga makanan, tempat tinggal dan pakaian. Seseorang yang tidak berkomunikasi mungkin akan berada dalam keadaan lapar dan dahaga.

Komunikasi menjadi semakin penting di dalam kehidupan kita sebagai individu, anggota keluarga,ahli masyarakat,anggota organisasi dan juga rakyat sesebuah Negara. Justeru itu kecemerlangan individu, anggota keluarga, organisasi dan sebagai pemimpin sesungguhnya memainkan peranan yang penting bersandarkan komunikasi yang berkesan dan dapat diterima oleh semua pihak atau lebih jelas lagi ianya difahami.

Definasi (maksud) komunikasi

Komunikasi bermaksud memindahkan atau menyampaikan mesej daripada satu pihak kepada pihak lain. Mesej ialah maklumat yang boleh disampaikan sama ada dengan menggunakan pertuturan , perbuatan, tulisan ataupun lukisan dan gambar.Komunikasi menjadi lebih berkesan apabila maklumat yang hendak disampaikan difahami dan mendapat tindakbalas daripada penerima maklumat.

Menurut Nobert Wiener komunikasi berhubungkait dengan maklumat, dimana maklumat mempunyai peranan penting di dalam kehidupan manusia. Sembilan puluh peratus kegiatan manusia dilakukan dengan komunikasi.Menurut beliau maklumat adalah hasil kegiatan manusia pertukaran idea dengan dunia luar sehingga kita dapat menyesuaikan diri dengan idea tersebut. Proses menyesuaikan diri sebenarnya merupakan kegiatan komunikasi menerima dan menggunakan maklumat.

Littlejohn pula melihat komunikasi sebagai tekaan yang bijak dimana ia digunakan dalam kehidupan seharian dan untuk menerangkan sesuatu keadaan berdasarkan pemerhatian atau kajian yang sistematik.

Manusia harus mempunyai maklumat yang cukup untuk hidup dengan berkesan. Oleh yang demikian , komunikasi merupakan suatu yang mutlak dalam kehidupan manusia . Disini dapatlah disimpulkan bahawa maksud komunikasi itu ialah berkait rapat dengan bahasa, pergerakan tubuh badan,meniru tindakan orang lain dan pengaruh social.

Perkembangan bidang komunikasi

Perkembangan bidang komunikasi bermula sejak manusia hidup bermasyarakat dan membina tamadun sendiri ditempat kumpulan manusia itu berada. Pengguna komunikasi sebagai penggerak dan penggembleng manusia bagi mencapai pembangunan yang diingini. Setiap masyarakat atau tamadun memelukan sokongan sistem komunikasi yang berkesan untuk mencapai cita-cita mereka.

Bidang komunikasi hanya dikenali sebagai bidang pengajian yang penting pada abad ke 20. Ini menunjukkan bidang komunikasi sebagai bidang pengajian yang baru berbanding dengan bidang-bidang lain komunikasi. Komunikasi mula menjadi tumpuan dengan perkembangan pesat teknologi komunikasi seperti radio, televisyen, telefon, satelit, rangkaian computer serta perkembangan perindustrian dan politik dunia.

Justeru itu timbul keperluan untuk mengetahui apakah kesan perkembangan teknologi komunikasi memberi kesan yang maksimum terhadap individu, masyarakat dan rakyat sesebuah Negara. Ini menyebabkan timbul keinginan dikalangan penyelidik untuk mengetahui kesan ucapan-ucapan politik terhadap masyarakat sehingga timbul kajjian-kajian tentang propaganda dan pendapat umum.

Disamping itu kajian-kajian didalam bidang psikologi sosial tentang kesan tayangan wayang gambar terhadap kanak-kanak propaganda serta pembujukan dan dinamik kelompok turut dijalankan. Selain itu pelbagai kajian yang bertujuan mengetahui tentang penggunaan teknologi baru seperti radio, computer (internet), televisyen dan lain-lain lagi. Walaubagaimanapun pengajaran kemahiran asas komunikasi seperti pidato umum, perbincangan kumpulan dan kesan amalan komunikasi di bilik darjah masih diteruskan.

Perkembangan bidang komunikasi diakui sebagai bidang pengajian yang sah dan penting selepas perang Dunia Kedua. Sebelum kita melihat perkembangan bidang komunikasi di Malaysia disini dibentangkan perkembangan bidang komunikasi di Amerika Syarikat dan Eropah menurut Griffin (1997). Terdapat beberapa era perkembangan bidang komunikasi.

i) Era Awal (1900 – 1930)

Kebangkitan Retorik pada tahun 1935 terdapat 200 Universiti dan Kolej di Amerika Syarikat yang menyenaraikan Jabatan Pengucapan secara berasingan daripada Jabatan Bahasa Inggeris. Ini menunjukkan pengucapan awam menjadi semakin penting dimana guru-guru yang mengajar pengucapan awam menjadi ahli Jabatan Bahasa Inggeris yang cuba menekankan persembahan lisan.

Disamping itu kursus yang ditawarkan juga lebih memberi panduan praktik dalam mempengaruhi penerima melalui hebahan awam (public address), interpretasi lisan, drama, debat dan perbincangan meja bulat. Guru-guru menggunakan tulisan Zaman Greek dan Rome sebagai bahan rujukan dimana Plato, Aristotle, Cicero dan Quantilian menjadi sumber bahan pengajian dan hebahan awam.

ii) Era Komunikasi dan Sains Sosial (1930 – 1960) : Kesan Media

Pada peringkat ini Griffin menyatakan ianya merupa era kebangkitan dimana empat Lasswell yang merupakan ahli sains politik yang membuat analisis propaganda Nazi bagi mengenal pasti kesan kuat terhadap mereka yang mendengar.

Sarjana seterusnya ialah Paul Laparsfeld yang merupakan pakar sosiologi yang menubuhkan Biro Penyelidikan Sosial Gunaan (Burean of Appleed Social Research) di University Colombia untuk mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan dan sector perniagaan serta menjalankan projek penyelidikan radio yang menjadi perintis kajian tinjauan dan teknik kumpulan sasaran (focus group) untuk melihat impak penyiaran terhadap emosi.

Pada tahun 1950 sekumpulan penyelidik komunikasi pertubuhan komunikasi yang dikenali sekarang sebagai International Communication Assaciation (ICA) Shannon Den Weaver (1948) membentuk dan mengasaskan model linear komunikasi dqn David Berlo (1960) memudahkan model kepada empat bahagian asas iaitu :-

Sumber ----- Mesej------ Saluran ------ Penerima

Perkembangan ini menggalakan kebanyakan Jabatan di Universiti-Universiti menukar nama dengan menambah perkataan komunikasi.

Pada era ini timbul isu-isu yang melihat isu konfrantasi hak asasi, rusuhan dibandar-bandar . Penglibatan Amerika Syarikat di Vietnam,,demontrasi di kampus-kampus,Beaatles, hippe, revolusi seks, budaya dadah, pembunuhan J.F.Kennedy,Jr dan Malcome x.Keadaan ini mengakibatkan perubahan arus

bidang komunikasi daripada melihat kesan pengucap kepada komunikasi antara perseorangan.

v) Era Retorik Baru (1965- 1980)

Pada tahun 1965 Edwin Black (1965) mengutarakan cara baru menganalisis ucapan. Pada waktu itu muncul artikal-artikal seperti “The Retoric of Black Power”, oleh Burgess (1969) dan Retoric of confrontation” oleh Scott dan Smitth (1969). Mereka mendapati ucapan awam tidak mempunyai kaitan dengan ucapan yang disediakan dengan rapi ataupun hujah-hujah yang diterima akal.

vi) Era Pencarian Model Sejagat (1970-1980)

Selepas satu dekad membuat penyelidikan empiric, tetapi hasilnya belum dapat dibanggakan. Ini disebabkan oleh kekurangan teori yang besar yang dapat memfokuskan segala penyelidikan dalam bidang komunikasi. Menurut Kuhn (1970) sains yang matang perlu model atau paradigm yang sejagat, tetapi ahli sains social dalam bidang komunikasi belum mencapai tahap itu.

vii) Era Pergolakan Bidang Komunikasi (1980- kini)

Menurut Griffin menggunakan perkataan ‘pergolakan’ untuk menggambarkan percubaan untuk melihat percampuran idea dan tenaga kreatif serta tekanan

yang berlaku dalam bidang komunikasi masa kini. Penyelidikan komunikasi juga .berkembang selari dengan perkembangan bidang ilmu yang memerlukan proses penyelidikan untuk berkembang.Banyak jurnal diterbitkan diantanya ialah Communication Theory,Language and Social Interaction.Menurut beliau lagi bidang komunikasi dalam abad ke-21 diibaratkan dua arus yang menggambarkan sains dan komunikasi.

Perkembangan Bidang komunikasi di Malaysia

Pada tahun 1970-an Malaysia turut mengalami perkembangan dalam bidang komunikasi secara sistematik dimana empat Jabatan Komunikasi ditubuhkan diempat buah universiti. Universiti Sains Malaysia (USM) -1970 merupakan pelopor pertama menubuhkan jabatan komunikasi diikuti ITM kini UITM(1972) ‘School of Mass Communication’ ,UKM (1976) dan UPM(1979) menubuhkan Jabatan Komunikasi Pembangunan.

Peranan sarjana komunikasi berperanan sebagai pengajar, penyelidik dan penerbit /penulis,sedikit berbeza di UPM peranannya ditambah kepada tugas pentadbiran dan pengembangan. UPM lebih menekankan kepada pembangunan masyarakat tani yang merupakan pengguna terakhir segala maklumat yang dihasilkan melalui penyelidikan.

Sarjana komunikasi di Malaysia kebanyakannya mendapat Masters dan PhD dalam bidang tersebut dari luar Negara (Amerika Syarikat, United Kingdom,Australia ) ini sedikit sebanyak mempengaruhi struktur kurikulum.

Diantara pengasas bidang komunikasi di Malaysia ialah Prof. Dr.Vincent Low (USM),Prof. Syed Arabi Idid(dulu UKM,sekarang UIA), Prof. Dr. Md Salleh Hassan(UPM) dan ramai lagi.

Justeru itu perkembangan bidang komunikasi di Malaysia sesungguhnya dipengaruhi sedikit sebanyak dengan apa yang berlaku di barat kerana pengasas bidang komunikasi juga mendapat pendidikan dan latihan di barat.

Fungsi komunikasi

“Komunikasi untuk menyebarkan informasi semasa dan terkini mengenai keadaan persekitaran manusia.( Laswell & Wright- Baran & Davis). Menurut Gamble & Gamble mesej yang menarik & penyampaian yang berkesan lazimnya dapat memikat hati audien dan secara tidak langsung berjaya mempengaruhi minda serta sikap mereka secara beransur-ansur.

Strategi komunikasi

Strategi komunikasi merupakan elemen penting dalam melaksanakan sesuatu kempen sosial untuk menyampaikan maklumat dan informasi kepada masyarakat . Objektif sesuatu kempen komunikasi merupakan faktor yang penting dalam menjalankan sesuatu kempen .Pelbagai pendekatan boleh digunakan untuk melaksanakan kempen ini contohnya melalui media massa seperti televisyen, radio dan akhbar.

Walaupau yang demikian kempen secara terus atau “turun padang “lebih memberi kesan.Pendidikan secara terus ini seperti memberi ceramah ,memberi pamplet,bergotong royong membersihkan kawasan.

Objektif kempen

Kempen memerangi nyamuk AEDES dijalankan adalah untuk:

1) Meningkatkan kesedaran mengenai bahaya nyamuk AEDES yang menyebabkan demam denggi yang boleh membawa maut.

2) Meningkatkan pengetahuan masyarakat tentang langkah pengawalan pembiakan nyamuk AEDES.

3) Memberi pendidikan kepada masyarakat kepentingan menjaga kebersihan persekitaran.

Cara perlaksanaan

Justeru itu kempen ini juga dijalankan melalui media massa iaitu melalui televisyen dan radio, melalui medium ini iklan –iklan mengenai bagaimana cara- cara untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk AEDES yang menyebabkan demam denggi.Tempat-tempat pembiakan seperti pasu bunga, alas pasu bunga, tayar-tayar lama,bekas-bekas makanan polisterin,longkang-longkang, perangkap semut,salur air hujan dan tempat-tempat yang boleh menakung air.

Setelah mengenalpasti tempat- tempat pembiakan nyamuk AEDES ,strategi komunikasi untuk kempen ini yang seterusnya ialah tindakan yang perlu diamalkan untuk menghapuskan tempat-tempat pembiakan diantanya ialah:

1) Menghapuskan tempat dan benda –benda yang boleh menyebabkan nyamuk membiak.

2) Buang air yang bertakung dan letakkan bekas-bekas air ditempat yang terlindung daripada hujan.

3) Bubuh bahan pembunuh jentik-jentik.

Langkah seterusnya akan dijelaskan melalui pamplet yang akan diedarkan kepada masyarakat sasaran.

Ceramah juga akan dijalankan diperingkat sekolah dengan bantuan penceramah khas dari klinik-klinik kesihatan dan ahli-ahli sendiri.Kempen gotong-royong juga diadakan taman-taman perumahan dengan anggota masyarakat dikawasan tersebut.

Khalayak sasaran

Sasaran khalayak kempen ini terdiri daripada semua golongan tidak mengira status dan umur.Kempen ini juga mensasarkan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah,penduduk ditaman perumahan serta masyarakat yang mendiami kawasan yang berisiko tinggi.Kawasan yang berisiko tinggi tempat pembiakan nyamuk AEDES ialah dipersekitaran tapak pembinaan yang ditinggalkan kerana disitu terdapat banyak tempat takungan.Kawasan taman perumahan pula biasanya longkang yang tersumbat dan air yang tidak mengalir.

Cara untuk mengenalpasti khalayak sasaran adalah dengan pengumpulan maklumat melalui bancian yang dijalankan secara soalidik,temuramah dan mendapatkan maklumat dari pejabat perangkaan.Tujuan mengenalpasti khalayak sasaran adalah untuk mengetahui bilangan penduduk bagi mengira perbelanjaan atau kos.

Slogan untuk kempen

~AEDES MEMBAWA SENGSARA~

Perbelanjaan /kos untuk kempen

Bil

Butiran

Belanjawan(RM)

Catitan

01.

Pengangkutan

20,000

02.

Iklan

100,000

03.

Pamplet

25,000

04.

Penceramah

50,000

05.

Runcit

15,000

06.

Papan iklan

100,000

Jumlah besar

310,000

Penutup

Melalui kempen yang dijalankan diharap ianya dapat membantu mengurangi statistik kematian akibat demam denggi dapat dikurangkan.Kempen disasarkan dalam jangkamasa satu tahun.Keberkesanan kempen akan dibuat penilaian melalui perubahan yang berlaku,proses kempen secara berterusan serta mendapatkan maklumbalas dari khalayak.Penilaian juga akan dimuatkan dalam dokumen perencanaan.

Bibliografi

Astrid S. Susanto,(1987) Komunikasi Teori Dan Praktis 1.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ishak Abdul Hamid Dan Jusang Bolong (2008).Kemahiran Komunikasi Antara Perseorangan.Universiti Putra Malaysia.

John F.Cragan & Donald C.Shield.(1998) Understanding Comunication Theory.United States of America.

James W.Carey,(1992) Comunication As Culture, New York.Unwin Hyman, Inc

Mohd. Hamdan Adnan & Zulkarimein Nasution.(1992) Komunikasi Pembangunan Pengenalan Dan Penerapan.Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Muhamad Rosli Selamat (2008).Strategi Perhubungan Awam. Universiti Putra Malaysia.

Laman Web: http://www.myhealth.gov.my- http:// www.infosihat.gov.my

J

Tiada ulasan:

Catat Ulasan