buat pembaca yang budiman...
Termenungku di jendela
Merenung anak-anak kecil riang bermain
Tiada gundah gulana diwajah mereka
Walau apapun yang berlaku disekeliling mereka
Alangkah seronok menjadi mereka
tidak perlu memikirkan hal disekeliling mereka
kerana mereka hanya berfikir hal mereka
Dunia mereka penuh ceria
Apakah hari esok menjanjikan sesuatu buat mereka
Apa yang ingin kita tinggalkan buat mereka
Adakah dunia yang penuh sarat dengan kesengsaraan
Adakah dunia yang penuh kesejahteraan
Sesungguhnya perjalanan mereka masih panjang
Marilah kita tinggalkan warisan yang sempurna
Agar mereka dapat mengubah dunia mereka nanti
Menjadi dunia yang lebih bermakna.........
~Sham.upm 09~
Ahad, 16 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan